
Jumaat, 04-10-2019 – Selasa lalu, Rejim Zionis telah menyerang suatu bantahan yang dianjurkan oleh warga Palestin berdekatan Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, di mana tahanan Palestin Samer al-Arabeed sedang ditahan pada ketika ini selepas koma kerana dibelasah ketika sesi soal-siasat oleh pihak berkuasa Israel.
Rejim Zionis telah menyerang dengan ganas penunjuk-penunjuk perasaan dan telah menahan dua orang.
Berpuluh-puluh aktivis Palestin telah mengadakan mogok duduk di Baitulmaqdis sebagai menyuarakan sokongan untuk al-Arabeed, dan sebagai bantahan terhadap polisi agresif yang dilaksanakan ke atas tahan Palestin di penjara-penjara Israel.
Aktivis Palestin menekankan bahawa al-Arabeed memerlukan rawatan perubatan dengan segera, dan pihak Perkhidmatan Penjara Israel tidak memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya.
Mereka juga mendesak supaya penyoal-siasat Israel yang telah menyerang al-Arabeed dibicarakan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul