
Khamis, 05-12-2019 – Yehuda Glick, seorang ahli Kneset yang juga seorang yahudi ortodoks telah mencemar kesucian al-Aqsa di sepanjang kawasan masjid itu bersama puak perampas yang lain pada pagi Selasa yang lepas.
Menurut sumber tempatan, sekumpulan puak perampas diketuai oleh Glick telah memasuki kawasan masjid melalui pintu al-Maghariba dan berjalan didalam kawasan halaman al-Aqsa diiringi oleh polis dengan kawalan yang ketat.
Pihak berkuasa Islam Awqaf telah berkata, 62 puak perampas yang diiringi oleh polis telah memasuki kawasan al-Aqsa bersama kumpulan yang berlainan.
Polis Israel telah menutup pintu al-Maghariba yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki masjid tersebut pada 10:30 pagi setelah puak perampas selesai berjalan di kaki lima masjid tersebut pada pagi itu. Pada waktu tengahari pula, pintu tersebut dibuka semula untuk di lewati oleh puak perampas yang lain.
Semasa kedatangan puak perampas kedalam kawasan masjid, sekatan dikenakan keatas Muslim di pintu masuk yang menuju ke masjid dan kad pengenalan mereka akan disita sehingga mereka meninggalkan kawasan suci tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi