
Khamis, 12-12-2019 – Pertembungan ganas telah berlaku pada hari Ahad lalu ketika pasukan rejim Zionis (IOF) menyerbu sebuah tanah milik warga Palestin di kampung Kafr Laqif, timur Qalqilya, dan memusnahkan tanah tersebut sebagai persiapan untuk merampasnya.
Ketua majlis kampung Kafr Laqif, Nayef Jaber, mengatakan bahawa tentera dan peneroka rejim Zionis menyerang rakyat Palestin yang telah bersemuka untuk menentang percubaan merampas secara haram 27 dunum tanah milik warga Palestin untuk mengembangkan pertempatan haram Israel.
Jaber berkata bahawa warga Palestin dari Kafr Laqif berjaya memaksa peneroka haram Israel keluar dari tanah mereka dan menghentikan operasi pemusnahan, dan menyatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil pada hari-hari yang akan datang.
Beliau menambah bahawa pihak berkuasa Israel memang telah merancang untuk merampas tanah Palestin dari kampung berkenaan untuk memperluaskan pertempatan Karni Shamron.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul