Categories
Berita Semasa

Hayya: Tiada Gencatan Senjata Jangka Panjang Dengan Rejim Zionis

Khamis, 19-12-2019 – Ahli biro politik Hamas, Khalil al Hayya, menyifatkan berita tentang gencatan senjata jangka panjang antara pejuang Palestin di Gaza dengan rejim Zionis sebagai “palsu dan tidak berasas.”

Dalam wawancara beliau dengan saluran satelit al-Aqsa hari Rabu lepas, Hayya menyatakan kepercayaannya bahawa “perbincangan tentang gencatan senjata jangka panjang di Gaza oleh sesetengah pihak adalah bertujuan untuk memperlekehkan perjuangan kami atau kemungkinan adalah sebahagian daripada pembohongan Netanyahu dalam konteks usaha pemilihannya, atau untuk menutup perkara lain. “

Dia menuduh beberapa puak Palestin dan “yang lain bukan dari Palestin” berusaha untuk memalsukan fakta dan mencemarkan reputasi pejuang Palestin.

“Hamas telah mendorong semua puak-puak itu ke arah ketelusan dan perkongsian, dan kami tidak menyembunyikan sebarang perbincangan yang kami adakan dengan semua pihak,” kata pegawai Hamas, sambil menambah bahawa jika terdapat sebarang cadangan tentang gencatan senjata berpanjangan di Gaza, semua pihak perintang akan tahu mengenainya.

Bercakap mengenai lawatan asing oleh ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya, Hayya berkata delegasi Hamas telah berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir mengenai peranan negara mereka dalam menyokong kepentingan Palestin dan isu-isu kepentingan bersama.

Beliau juga berkata bahawa Haneyya dan delegasi yang menyertai beliau telah menekankan perlunya desakan ke atas Israel untuk menghormati persetujuan yang dicapai baru-baru ini mengenai Gaza, untuk menamatkan sekatan dan berhenti menggunakan kekerasan ke atas para peserta perhimpunan Perarakan Pulang Besar-besaran.

Beliau mengesahkan bahawa lawatan asing Haneyya bertujuan untuk meningkatkan hubungan politik Hamas dengan negara-negara lain dan untuk mendapatkan sokongan untuk rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul