Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Cedera Akibat Tembakan oleh Zionis di Selatan Bethlehem

Isnin, 06-01-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah melepaskan tembakan ke atas seorang pemuda Palestin di jalan berhampiran blok penempatan haram Gush Etzion, selatan Bethlehem.

Pejabat perhubungan awam Palestin memberitahu kementerian kesihatan bahawa seorang warga negara Palestin mengalami kecederaan di salah satu kakinya setelah
tentera Israel melepaskan tembakan berdekatan persimpangan Etzion di selatan Bethlehem.

Media Ibrani mendakwa bahawa pemuda itu cuba melakukan serangan berhampiran Gush Etzion, tetapi tentera berjaya menghalangnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul