
Isnin, 13-01-2020 – Persatuan Wartawan Palestin hari Rabu (8/1/2020) mengumumkan hasil laporan Jawatankuasa Kebebasan Wartawan, yang mengandungi laporan sepanjang tahun 2019 terdapat sebanyak 760 pelanggaran dan kejahatan terhadap jurnalis Palestin yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel.
Ketua Jawatankuasa Kebebasan Wartawan, Muhammad Lahham, dalam sidang akhbar pada hari Rabu semalam melaporkan 12 jurnalis cedera parah dengan peluru tajam, 62 mangsa cedera akibat peluru tajam berlapis logam, 58 mangsa terkena tembakan meriam atau bom gas secara langsung dan 78 mangsa mengalami sesak nafas akibat terkena gas yang dituju ke arah para jurnalis.
Lahham mengatakan terdapat serangan terus-menerus yang dilakukan pasukan penjajah Israel terhadap kalangan media Palestin selama bertahun-tahun. Akhir-akhir ini turut berlaku penutupan badan-badan media. Antara yang terakhir adalah penutupan pejabat TV Satelit Palestin di al-Quds. Di samping itu terdapat juga 30 pelanggaran lain yang dilakukan terhadap jurnalis di Kota Suci al-Quds.
Dalam laporan tersebut dinyatakan, “Serangan terhadap aspek elektronik para jurnalis mencapai jumlah pelanggaran tertinggi. Sebanyak 250 akaun mediasosial disekat dan ditutup.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman