Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Sampaikan Belasungkawa Atas Kemangkatan Sultan Qabus, Oman

Selasa, 14-01-2020 – Delegasi Gerakan Pejuang Islam, Hamas yang dipimpin Ismail Haniyeh sebagai ketua biro politik gerakan mengungkapkan belasungkawa kepada Sultan Haitham bin Tariq Al Said atas kemangkatan Sultan Qabus bin Saeed, atas nama rakyat Palestin dan gerakan Hamas, semoga Allah mengampuninya.

Dalam kesempatan tersebut Haniyeh mengingat kembali posisi Sultan Qabus, dalam pelbagai keadaan dan forum yang senantiasa menyokong rakyat Palestin.

Pada waktu yang sama, Ketua Gerakan dan delegasi yang menyertainya turut menyampaikan ucapan selamat dan tahniah kepada Sultan Haitham bin Tariq Al Saeed atas pelantikanya dan kepemimpinan Kesultanan.

Beliau berharap Sultan sentiasa berjaya dalam pemerintahannya, aman, stabil, terjaga dan mencapai kemakmuran yang lebih baik.

Dalam pertemuan tersebut Haneya menegaskan bahawa bangsa Palestin akan tetap memegang janjinya mempertahankan Al-Quds, mematuhi hak-hak mereka dan perlembagaan nasional.

Sementara itu, Sultan mengucapkan terima kasih atas kunjungan tersebut, berjanji akan meneruskan pendekatan Kesultanan terdahulu untuk tetap menyokong bangsa Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman