Categories
Berita Semasa

Israel Rancang Bangunkan 4 Penjara Lagi untuk Tampung 4 Ribu Tahanan Baru

Khamis, 16-01-2020 – Pemerintah penjajah Israel telah bersetuju dengan rancangan komprehensif untuk menambah jumlah penjara mereka. Mereka bercadang membangunkan dua blok baru untuk menampung 4 ribu tahanan baru Palestin.

Saluran televisyen Israel “Channel 7” menyatakan bahawa akan ada 4 penjara lagi yang akan didirikan untuk menampung sekitar 4.000 tahanan baru. Ini berdasarkan kepada rancangan jangka panjang hingga 2040.

Televisiyen Israel ini menjelaskan bahawa fasiliti yang akan dibangunkan tersebut meliputi tempat penahanan, pejabat polis dan pengadilan.

Menurut televisyen itu lagi, Otoriti Penjara Israel ketika ini sudah memiliki 30 penjara dan pusat penahanan. Pihak otoriti penjajah Israel ketika ini sedang menahan 5700 warga Palestin di penjara-penjara Israel. Seramai 47 antaranya adalah tahanan perempuan, 250 kanak-kanak, 6 anggota dewan legislatif, 500 tahanan administratif (tanpa tuduhan dan proses hukum serta boleh dipanjangkan tempoh tahanan) serta 700 tahanan dalam keadaan sakit.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman