Categories
Berita Semasa

Tafkaji Ingatkan Bahaya Deal of Century Kepada Wilayah Palestin

Selasa, 18-02-2020 – Penganalisis Penempatan di Al-Quds, Khalil Tafkaji menegaskan bahawa fasa penerapan Deal of Century gagasan Trump dengan peta baru merupakan visi Israel yang disetujui Amerika.

Tafkaji menganggap jawatankuasa khusus yang bertugas membuat peta, merupakan langkah sepihak Israel yang disetujui dan dilindungi Amerika untuk mendapatkan kesahan antarabangsa.

Peta yang diusulkan dalam Deal of Century merupakan bahagian dari projek yang telah dimulai pada tahun 1970 dan berakhir pada projek Sharon tahun 1990 dan ketika ini sedang diusahakan di peringkat lapangan.

Peta yang diusulkan pihak Israel merupakan tindakan politik yang tidak menghendaki kewujudan negara Palestin yang memiliki geografi.

Menurut visi Israel, pendirian negara Palestin tidak masuk dalam usul, bahkan dalam perundingan terdahulu, sama ada Camp David, Oslo dan lainnya, semuanya tidak menyetujui kewujudan negara Palestin. Mereka hanya mengizinkan keberadaan otoriti Palestin di bawah kendalian Israel secara penuh.Para pemimpin Israel berusaha agar negara Palestin bukan di Tebing Barat tetapi di tempat lain, ujar Tafkaji.

Israel memanfaatkan perundingan dan kelemahan dunia Arab serta perpecahan Palestin untuk mengetengahkan visinya dengan mendapatkan sokongan penuh Amerika untuk mengambil kekuasaan diwilayah Palestin dan Lembah Jordan sehingga keluar dan masuk sempadan perlu mendapat keizinan Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman