
Khamis, 20-02-2020 – Forum Tahanan Palestin, Selasa (18/2) melaporkan, tahanan Muwaffaq ‘Arouq (77 tahun) beasal dari Yafa Nazareth yang masih berada di hospital penjara Israel di Barzalai mengidap pelbagai penyakit kronik, setelah menjalani gastrektomi dan rawatan kanser usus pada awal Februari lalu.
Forum Tahanan Palestin menjelaskan kronologi yang dilalui tahanan ‘Arouq sejak penangkapanya pada tahun 2003.
Beliau didakwa terlibat bersama dua pemuda pelaku aksi pengeboman. Oleh kerana itu beliau dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun. Sewaktu penahananya beliau dipindahkan ke Penjara Beersheba “Eshel”, kemudian ke penjara Hadarim, seterusnya ke Penjara Gilboa tempat ia ditahan selama lapan tahun dan terakhir ia ditahan di Penjara Ashkelon.
Pada bulan Jun 2019 keadaan kesihatannya mula teruk dan disahkan beliau mengidap kanser setelah dilakukan pemeriksaan perubatan. Namun pihak penjara sengaja menangguhkan untuk memberikan ubat hingga November 2019. Sehingga kini, pihak keluarga masih belum dapat mengunjunginya sejak awal tahun ini.
Beliau juga merupakan salah seorang tahanan dari 10 tahanan yang menderita kanser serta termasuk ke dalam 700 tahanan yang mengidap pernyakit kronik di dalam penjara Zionis.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman