
Khamis, 20-02-2020 – Hari Selasa lalu puluhan rakyat Palestin sesak nafas disebabkan oleh gas pemedih mata yang dilancarkan oleh rejim Zionis ketika konfrontasi di Tulkarem dan Ramallah di Tebing Barat.
Di Tulkarem, sekumpulan rakyat Palestin berarak untuk menyuarakan bantahan terhadap “Perjanjian Abad Ini” yang dipelopori Amerika Syarikat, sambil mengibarkan bendera Palestin dan membakar tayar kereta, sumber tempatan melaporkan.
Rejim Zionis telah menyerang penunjuk perasaan dengan peluru logam bersalut getah dan gas pemedih mata. Berpuluh-puluh orang mengalami kesukaran bernafas akibat terhidu gas pemedih mata.
Sementara itu di Ramallah, puluhan penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di kampung al-Mughayyir untuk mempertahankan tanah mereka daripada serangan haram oleh rejim Zionis.
Rejim Zionis telah bertindak balas dengan ganas ke atas penunjuk perasaan dengan menembak peluru logam bersalut getah, bom pegun dan gas pemedih mata ke arah penduduk kampung.
Sejumlah mereka sesak nafas disebabkan gas pemedih mata tersebut dan telah menerima rawatan di lokasi kejadian.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul