
Khamis, 27-02-2020 – Rejim Zionis pada awal pagi Isnin menculik sekurang-kurangnya 26 penduduk Palestin dari rumah mereka, termasuk beberapa kanak-kanak dan seorang remaja perempuan.
Menurut beberapa sumber tempatan, rejim Zionis telah menculik 11 orang Palestin di Tebing Barat dan 15 yang lain di daerah al-Issawiya, timur Baitulmaqdis.
Antara yang ditahan adalah tiga kanak-kanak dari pekan Beitin di timur Ramallah. Mereka dikenali sebagai Yousef Jaber, Mohamed al-Khatib dan Abdul-Rahman Jaber.
Seorang gadis remaja yang dikenali sebagai Wafa Abu Zahra juga diculik dari rumahnya di bandar Yatta, selatan al-Khalil.
Selain menculik 15 warga Palestin semasa satu serangan waktu subuh di rumah mereka di Issawiya, polis rejim Zionis turut menahan dua kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai Mohamed Obeid dan Saadi al-Rajbi untuk soal siasat.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul