Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel tahan dua pemuda Palestin di Baitulmaqdis.

Selasa, 03-03-2020 – Polis rejim zionis Israel menangkap dua pemuda warga Palestin di Kota Baitulmaqdis.

Saksi tempatan berkata, anggota polis rejim menahan Mohammed Abdin, 16 tahun di rumahnya di kawasan perumahan Ras al-Amud, bandar Silwan. Seorang lagi dikenali sebagai Rashid al-Resheq, 22 tahun telah ditahan di rumahnya di Bandar Lama Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin