Tentera Israel serang petani, nelayan di Gaza

Khamis, 09-04-2020 – Tentera rejim Zionis telah melakukan serangan terhad di tenggara Semenanjung Gaza yang terkepung dan melepaskan bom gas pemedih mata ke arah petani tempatan, Isnin lalu.

Menurut sumber-sumber tempatan, enam jentolak tentera menyusup ke kawasan sempadan di timur Khan Yunis, di selatan Gaza sebelum meratakan beberapa bidang tanah.

Sementara itu, lima kereta kebal dan kenderaan berperisai telah mengiring jentolak berkenaan dan melepaskan gas pemedih mata ke arah sekumpulan petani di kawasan itu.

Dalam satu kejadian yang berasingan, kapal perang Israel melepaskan tembakan mesingan dan mengejar bot nelayan Palestin di perairan ke arah utara Bandar Gaza.  Tiada kecederaan yang dilaporkan di dalam serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul