
Isnin, 13-04-2020 – Paderi Atallah Hanna menuduh pihak berkuasa rejim Zionis mengeksploitasi kemelut pandemik Coronavirus yang sedang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa dan Palestin untuk menjalankan aktiviti penempatan haram baru secara sulit di kawasan-kawasan terjajah, terutama di Baitulmaqdis.
“Seluruh dunia sedang sibuk dengan pandemik dan masyarakat Palestin sedang berusaha untuk membendung dan menghapuskan virus ini walaupun dengan kekangan yang mereka hadapi, tetapi pihak berkuasa rejim Zionis mengambil kesempatan terhadap kesibukan tersebut dan bekerja keras untuk melaksanakan projek-projek penempatan haram dan dasar-dasar perkauman yang menyasarkan bandar Baitulmaqdis khususnya dan keseluruhan tanah Palestin amnya,” kata Hanna, Uskup Agung Gereja Ortodoks Palestin di Tanah Terjajah Baitulmaqdis, dalam satu kenyataan pada hari Khamis.
Paderi Hanna mendesak masyarakat Palestin, yang sedang sibuk memerangi Coronavirus dan kesan-kesannya, untuk berwaspada terhadap kegiatan penempatan haram Israel yang berlaku pada tahap yang tidak pernah terjadi sebelumnya di Baitulmaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul