
Rabu, 15-04-2020 – Ahli biro politik Hamas Mousa Dudeen menafikan sekeras-kerasnya bahawa Gerakan tersebut akan mencapai perjanjian pertukaran tahanan dengan pemerintahan rejim Zionis tidak lama lagi, dan menyifatkan laporan berita mengenai hal ini sebagai “tidak benar”.
Dalam hebahan berita pada hari Ahad, Dudeen menegaskan bahawa Gerakan tersebut belum nampak sebarang langkah serius di pihak kerajaan Israel dalam menangani isu ini, tetapi ia tetap mengalu-alukan sebarang usaha untuk merealisasikan perjanjian pertukaran tersebut.
Beliau mengulangi pendirian yang dibuat oleh ketua Hamas Yahya al-Sinwar di Gaza baru-baru ini tentang beberapa kompromi yang boleh dipersetujui dalam perjanjian baru berkaitan pertukaran tahanan, dengan syarat pihak Israel mengambil langkah-langkah praktikal mengenai isu tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul