
Jumaat, 17-04-2020 – Gerakan Hamas mengecam penculikan anggota parlimen Palestin, Mohamed Abu Tir oleh pasukan rejim Zionis malam tadi dari kediamannya di kota Ramallah, dengan mengatakan bahawa penahanannya adalah sasaran terhadap Baitulmaqdis, rakyatnya, serta hak kebebasan bersuara.
Dalam satu kenyataan, Gerakan tersebut menganggap rehim Zionis bertanggung jawab penuh atas nyawa Abu Tir yang berusia 70 tahun, dengan mengatakan “penahanannya di kala penularan wabak coronavirus mencerminkan kezaliman dan kekejaman rejim tersebut.”
Hamas memberi penghormatan kepada Abu Tir atas kegigihan dan pengorbanan beliau, dengan mengatakan bahawa beliau telah menghabiskan lebih dari 35 tahun hayatnya di penjara Israel disebabkan pegangan nasional beliau, dan masih dilarang memasuki tempat asal beliau, Baitulmaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul