
Selasa, 28-04-2020 – Pada waktu subuh Khamis yang lalu, Rejim Zionis telah menculik lapan orang pemuda Palestin dari rumah mereka dari sekitar Tebing Barat.
Mengikut sumber tempatan, Rejim Zionis telah menculik empat orang pemuda Palestin dari rumah mereka di bandar Bethlehem dan pekan Tuqu.
Tahanan tersebut dikenali sebagai Ibrahim al-Huraimi, Murad Abu Ahour, Aan al-Badan dan Hamza Sabah.
Empat yang lain pula juga ditahan ketika kempen Rejim Zionis di Qalqilya, Tulkarem dan al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nafi