
Selasa, 05-05-2020 – Rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah mengeluarkan notis untuk merobohkan dua rumah warga Palestin di kampung Qarawat Bani Hassan di daerah Tebing Barat Salfit.
Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis telah mengarahkan warga Palestin Abed al-Hakim Mar’i dan Yasin Nabil untuk merobohkan kediaman mereka yang sedang dalam pembinaan di wilayah timur dan utara Qarawat Bani Hassan.
Sementara itu, rejim Zionis juga telah menyerang petani dan gembala Palestin di kawasan barat kampung tersebut dan memaksa mereka keluar dari ladang mereka yang bersebelahan dengan penempatan Yahudi yang dibina di atas tanah Palestin yang dirampas dari kampung tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul