Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Musnahkan Fasiliti Pertanian Palestin di Lembah Jordan

Rabu, 06-05-2020 – Pasukan rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah merobohkan empat fasiliti pertanian Palestin di kampung al-Jiftlik di utara Lembah Jordan.

Sumber tempatan mengatakan bahawa rejim Zionis menyerbu kawasan al-Aqaba di kampung tersebut dan telah merobohkan bangunan pertanian milik warga Palestin Murad Jaber.

Proses merobohkan tersebut telah berlaku sehari setelah mahkamah Israel menolak petisyen yang difailkan oleh peguam Jaber untuk membantah perintah tentera Israel untuk merobohkan bangunan beliau.

Rejim Zionis seterusnya telah memusnahkan telaga air, gudang dan kolam di kawasan yang sama.

Berdasarkan keputusan Israel yang baru, warga Palestin yang menerima perintah perobohan tidak diberi tempoh masa yang cukup untuk memfailkan petisyen, bahkan mengosongkan bangunan mereka yang terlibat.

Kerajaan Israel sedang bersiap sedia untuk menyita ribuan dunum tanah pertanian di Lembah Jordan sebagai persiapan untuk menambah sepenuhnya penempatan Tebing Barat ke tanah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul