Serangan Al-Qassam: Rejim Israel kalah, 7 cedera


Selasa, 27/11/07 – Beit Hanun, (PIC)—Komander Rejim Israel mengakui bahawa tujuh daripada askarnya cedera di dalam serangan Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di utara Gaza. Akhbar Hebrew melaporkan bahawa tujuh orang askarnya dimasukkan ke hospital selepas menghidu gas daripada ‘bom asap’ tetapi tidak menyebut secara terperinci.

Briged Al-Qassam menyebut bahawa pejuang-pejuangnya melakukan serang hendap ke atas patrol pejalan kaki Rejim Israel berhampiran Beit Hanun (Erez) yang melintas di utara Gaza, meletupkan tiga bahan letupan berhampiran mereka dan melepaskan 2 RPG serta satu roket Battar ke atas mereka. Sumber itu menambah bahawa lima bom mortar turut dilepaskan sebelum pejuang-pejuang tersebut malarikan diri sambil mengesahkan seleruh operasi tersebut telah dirakam dan akan didedahkan kepada media tidak lama lagi.

Sayap bersenjata itu turut menambah bahawa seorang daripada komandernya, Musab Ja’bir, 23 telah syahid di dalam operasi itu selepas menembak mortar kepada kenderaan bersenjata Rejim Israel di kawasan yang sama. Sumber Al-Qassam mengatakan bahawa operasi ini memberi mesej yang jelas kepada ‘musuh Zionis dan ketua-ketua jenayah mereka yang cuba menzahirkan diri sebagai pejuang kedamaian sebelum pemimpin Arab dan Muslim dengan mengatakan bahawa bom perlu dibalas dengan bom dan darah dengan darah’.

1 thought on “Serangan Al-Qassam: Rejim Israel kalah, 7 cedera

Comments are closed.