Pegawai Israel Dibebaskan Dari Penjara Setelah Membunuh OKU Palestin

Selasa, 02-06-2020 – Pihak berkuasa Israel pada hari Ahad lalu telah membebaskan dua pegawai polis dari penjara, sehari setelah mereka membunuh seorang pemuda OKU Palestin di Kota Lama Baitumaqdis.

Eyad al-Hallaq, seorang warga Palestin berkelainan upaya berusia 32 tahun, ditembak mati oleh pegawai polis Israel berhampiran Gerbang al-Asbat di Baitulmaqdis.

Pegawai polis mendakwa al-Hallaq kononnya kelihatan membawa pistol tetapi ternyata beliau tidak bersenjata dan tidak memahami perintah pegawai untuk berhenti.

Menurut saksi, al-Hallaq ditembak sekurang-kurangnya enam kali.

Pihak Berkuasa Palestin dan banyak organisasi hak asasi manusia mengecam pembunuhan al-Hallaq dan menggesa diadakan siasatan antarabangsa terhadap jenayah Israel ke atas Palestin, terutama pembunuhan di luar bidang kehakiman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul