Peneroka Haram Dikawal Polis Cemar Masjid Aqsa di Baitulmaqdis

Rabu, 03-06-2020 – Segerombolan peneroka haram Yahudi pada pagi Isnin lalu telah mencemari Masjidil Aqsa, dengan dilindungi pihak polis.

Menurut sumber-sumber tempatan, sejumlah besar anggota polis telah berpecah di serata kawasan di luar Masjid dan seluruh halamannya untuk memberi perlindungan kepada para peneroka haram berkenaan semasa pencerobohan mereka di tempat suci Islam tersebut.

Penguasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis Yang Terjajah telah pertama kalinya membuka kembali Masjidil Aqsa pada subuh Ahad lalu kepada ahli jemaah Muslim, sejak ditutup pada pertengahan Mac lalu sebagai langkah untuk mencegah penyebaran coronavirus.

Pada waktu pagi kemudiannya, polis rejim Zionis telah memberi kebenaran kepada diri mereka sendiri untuk membenarkan peneroka haram Yahudi berkunjung ke tempat suci itu, dan telah menahan beberapa warga Palestin di atas tuduhan bahawa mereka berada di halaman Masjid semasa kehadiran peneroka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul