Categories
Berita Semasa

Pemusnahan Tanah Perkuburan Islam di Israel Cetus Keganasan Baru di Jaffa

Jumaat, 12-06-2020 – Berpuluh-puluh penunjuk perasaan Palestin turun ke jalanan di Jaffa pada hari Rabu lalu, dan bertempur dengan pasukan polis Israel pada malam kedua demonstrasi menentang rancangan untuk membina tempat perlindungan bagi gelandangan Yahudi di tanah perkuburan Islam lama.

Menurut media Ibrani, para penunjuk perasaan yang marah dilaporkan membakar tong sampah dan melemparkan batu ke arah petugas, yang telah menahan empat orang.

Sebuah video yang disiarkan oleh saluran satelit Israel menunjukkan sebuah bas bandar Tel Aviv dengan tingkap yang pecah berhenti di tepi jalan, dan pasukan polis melepaskan bom pegun dan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan yang marah berdekatan menara jam terkenal Jaffa.

Beberapa laporan mengatakan kejadian ganas itu bermula ketika pegawai polis menyekat perarakan tersebut dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan mereka.

Pada malam Isnin lalu, jentolak yang dikawal oleh pasukan polis mula menggali kubur di tanah perkuburan, yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai kuburan “Is’aaf”. Ia telah wujud sejak zaman Uthmaniyyah.

Sebelum pendudukan Israel di tanah bersejarah Palestin, Jaffa adalah kota Palestin yang kebanyakannya diduduki oleh orang Arab.

Sebilangan besar penduduk Palestin diusir secara paksa oleh militan Zionis ketika (malapetaka) 1948 Nakba ketika gerakan Zionis yang disokong oleh Britain memulakan penjajahannya di Palestin.

Hari ini, sekitar 16,000 penduduk asal Palestin, yang memiliki kewarganegaraan Israel, masih tinggal di Jaffa, yang hari ini mempunyai sekitar 30,000 penduduk Yahudi.

Jaffa ditambah ke Tel Aviv oleh Israel pada tahun 1950. Seperti kebanyakan tanah wakaf, tanah perkuburan Is’aaf diletakkan di bawah kawalan pihak berkuasa tanah Israel dan orang-orang Palestin di Israel tidak dapat mendapatkan kembali tanah-tanah wakaf yang telah diambil alih oleh pemerintahan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul