
Isnin, 31/12/07 – Gaza: Jurucakap Hamas di Parlimen Palestin, Dr. Shaleh Bardawil menegaskan akan tiba masanya Salam Fayadh dan menterinya Riyadh Maliki dihadapkan ke muka pengadilan.
Bardawil melihat sikap Fayadh dan Maliki sudah keterlaluan dan memperlecehkan para syuhada dan pejuang Palestin.
Bardawil menyatakan, pernyataan Fayadh sama sekali tidak menggambarkan sikap rakyat Palestin yang sentiasa menderita akibat penganiayaan pihak penjajah terhadap nusa dan bangsa Palestin.
Bardawil menyatakan, jika Faydh mempunyai sedikit perasaan simpati terhadap penderitaan rakyat, pasti kami akan mendengar kecamannya terhadap penjajah. Jika sekiranya Fayadh dan Maliki memperhatikan nasib rakyatnya, pasti mereka tidak akan mengadakan jalinan keamanan dengan penjajah Israel untuk melumpuhkan perjuangan rakyat.
Bardawil menambah, jelas sekali bahawa kedua-dua mereka telah hilang rasa kemanusiaan yang tidak dapat membezakan antara yang mana aksi teroris dan yang mana tindakan perjuangan. Mereka telah kehilangan rasa nasionalisme. Padahal mereka hidup di wilayah Palestin dan makan hasil keringat rakyat Palestin.
Namun tentunya pernyataan Fayadh dan Maliki mendapat sambutan baik dari presiden Israel Shiomon Perez yang menganggap pernyataan Fayadh tersebut sebagai langkah besar pemerintah Palestin dalam usahanya menghalangi kumpulan pejuang Palestin. Perez menganggap langkah Fayadh ini sebagai pandangan yang benar terhadap inisiatif utama Palestin. Masalah keamanan merupakan isu terpenting bagi pemerintah Israel.