Persidangan Nasional Palestin Dilaksanakan 23 Januari 2008


Jumaat, 4/1/08 – Damsyik: Ahli jawatankuasa Persiapan Persidangan Nasional Palestin, Thilal Naji menyatakan bahawa pihak panitia telah menetapkan jadual Persidangan Nasional Palestin yang akan dijalankan di Damsyik, Syira pada 23 Januari depan.

Thilal Naji menyatakan persidangan kali ini bertemakan “Berpegang Teguh Pada Hak-hak Nasional Bangsa Arab Palestin, Kesatuan Nasional Jalan Pembebasan dan Hak Kembali.”

Persidangan ini sebenarnya telah dirancang untuk diadakan serentak dengan Persidangan Annapolis, namun oleh kerana beberapa masalah ianya tidak dapat dilaksanakan. Program ini dibuat sebagai usaha menolak pertemuan yang mengorbankan hak rakyat.

Dalam pernyataan yang dikeluarkan jawatankuasa persidangan tersebut, pihaknya akan mengundang semua fraksi Palestin. Termasuk gerakan Fatah, Presiden Palestin, anggota Dewan Pengurus Eksekutif PLO dan pimpinan dewan nasional Palestin.

Pada Oktober lalu,ketika menerima undangan untuk menghadiri persidangan ini, Presiden Palestin Mahmud Abbas menyatakan bahawa beliau menentang pertemuan yang dianjurkan Hamas ini. Abbas menganggap pertemuan ini memecah belah bangsa Palestin.

Para pemerhati mengatakan, pernyataan ini dikeluarkan pada keadaan kritikal Presiden Abbas menghadapi fraksi-fraksi Palestin yang menentang tindakan Palestin sebagai pihak yang terlibat dengan kesepakatan Oslo dan kesepakatan-kesepakanan sesudahnya yang sama sekali tidak memberikan kemajuan apa-apa bagi nasib bangsa Palestin.