Polis Usir Aktivis Palestin Dari Masjid Al-Aqsa

Khamis, was 02-07-2020 – Polis Israel pada hari Isnin lalu telah memutuskan untuk melarang aktivis Palestin, Aya Abu Nab, daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Abu Nab mengatakan bahawa polis Israel dan pegawai perisik telah menyerbu rumah keluarganya di Baitulmaqdis dan telah memerintahkannya untuk menjauhkan diri dari Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Pada hari Ahad lalu, Abu Nab telah ditahan bersama-sama dengan empat belia wanita Palestin dan seorang penjaga Masjid al-Aqsa di kawasan Bab al-Rahma, dan telah dibebaskan pada hari yang sama dengan syarat tidak memasuki Masjid al-Aqsa selama satu minggu.

Abu Nab terkejut kerana polis Israel telah memutuskan untuk menambah tempoh larangan masuk kepada enam bulan.

Aktivis Palestin berkenaan telah beberapa kali ditangkap oleh polis Israel dan diusir dari Masjid al-Aqsa di atas pelbagai tuduhan palsu.

Warga Palestin yang dikenalpasti kerap hadir di Masjid al-Aqsa juga biasanya akan disasar dengan cara yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul