
Isnin, 14/01/08 –Pemimpin kerajaan Hamas yang dilantik secara demokrasi di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyya, memberi amaran kepada penduduk Palestin agar todak mempercayai ucapan Presiden AS George W Bush semalam yang dipangil ‘penghujung kepada pencerobohan’. Haniyya menyatakan lawatan Bush di rantau itu adalah berbahaya terhadap mana-mana proses damai antara Palestin dan Israel, sera menutup peluang rakyat Palestin untuk mendapatkan hak bagi menentukan nasib mereka sendiri di peringkat antarabangsa.
Bush, sepanjang dua hari lawatannya ke Israel dan sehari di Tebing Barat (salah satu daripada dua wilayah Palestin), telah membuat perjanjian yang berbeza terhadap pemimpin Israel dan Palestin. Menurut Haniyya, janji Bush kepada rakyat Palestin adalah bohong, beliau telah memarahi penduduk Palestin yang menerima janji-janji Bush dan memberi amaran pemergian mereka dari haluan ini tentunya menjurus kepada kematian.
Haniyya menyatakan,”Bush memberi apa sahaja yang dikehendaki Israel untuk menjamin kerja pencerobohannya serta menghapuskan hak dan isu-isu penting Palestin, manakala rakyat Palestin pula hanya diberi ilusi dan slogan dan kata-kata indah itu hanya satu penipuan yang telah mengisi lawatan ini.”
Kerajaan Palestin yang dilantik dan diketuai oleh Haniyya telah dipulaukan oleh kerajaan AS sejak ia dipilih bulan Januari 2006 lalu. Sepanjang lawatannya ke rantau ini, Bush enggan menemui kerajaan Palestin yang telah dilantik, sebaliknya hanya bertemu dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan kerajaannya yang bukan dipilih melalui pilihanraya. Bush juga menyatakan situasi di Gaza adalah satu masalah yang beliau tidak akan berurusan dengannya selama beliau menamatkan penggal menjadi Presiden.