
Khamis, 09-07-2020 – Pada hari Selasa (7/7/2020), Badan otoriti tanah penjajah Israel bersetuju untuk melaksanakan projek pembangunan 240 unit penempatan Yahudi di pusat bandar al-Quds yang diduduki penjajah Israel.
Saluran TV7 Israel menyatakan bahawa unit-unit tersebut akan dibangunkan di kawasan hospital lama “Shaariya Zedek” di Jalan Jaffa di al-Quds, yang berdekatan dengan Kota Tua.
Unit-unit baru tersebut mencakupi 5 bangunan tinggi, terdiri dari apartemen, fasiliti komersial dan hotel kecil.
Datuk Bandar al-Quds, Moshe Leoon, memuji persetujuan pembangunan ini dengan mengatakan, “Unit-unit baru ini adalah salah satu projek penting di kota (al-Quds) yang akan digabungkan dengan kawasan pintu masuk Jerusalem, yang sedang dibangun hari ini.”
Kota suci al-Quds telah menghadapi serangan proses Yahudinisasi dan pembinaan perumahan Yahudi secara kasar dan semberono dari pendudukan Israel selama beberapa dekad. Ia sebahagian dari rancangan merampas tanah Palestin secara senya, namun sangat nyata di lapangan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman