Categories
Berita Semasa

IUMS : Diam Israel beerti penyambungan rancangan pengkhianatan.

Khamis, 09-07-2020 – Kesatuan Cendekiawan Muslim Antarabangsa (IUMS) menggambarkan sifat senyap Israel adalah berkaitan dengan rancangan mereka memperluaskan kawasan jajahan ke kawasan luas di Tebing Barat sebagai “pengkhianatan terbaru.”

Dalam pernyataan yang diterbitkan di laman webnya, IUMS memberi amaran bahawa dunia akan kehilangan rasa hormat terhadap badan-badan antarabangsa dan ketetapannya jika Israel berjaya dalam rancangan tanahnya yang terbaru.

Mereka juga berkata, rampasan Israel terhadap tanah Palestin yang lebih banyak akan menimbulkan ancaman terhadap keselamatan dan keamanan antarabangsa, menekankan perlunya memerangi rancangan Israel tersebut oleh seluruh masyarakat antarabangsa. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi