Tangkapan dan Serbuan Dalam Serangan Rejim Zionis

Rabu, 29-7-2020 –  Pada hari Isnin lalu rejim Zionis telah menaham sejumlah warga Palestin dan bertembung dengan penduduk di beberapa kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis semasa kempen besar-besaran di waktu subuh.

Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 10 warganegara Palestin di kawasan yang berbeza-beza di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Lebih 20 rumah warga Palestin telah diserbu dan digeledah dalam serbuan itu, tambah mereka.

Bandar Jaba di daerah Jenin telah menyaksikan konfrontasi ganas antara tentera Zionis dan penduduk tempatan yang diserang dengan gas pemedih mata dan bom tangan.

Pemberontakan lain juga meletus di Anza, sebuah kampung berdekatan di mana Rejim Zionis melepaskan peluru logam bersalut getah dan gas pemedih mata secara bertubi-tubi ke arah belia-belia tempatan yang bertindak balas dengan melemparkan batu dan botol kosong.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul