
Khamis, 30-7-2020 – Rejim Zionis pada hari Selasa telah merobohkan tempat cuci kereta milik warga Palestin dan merampas peralatannya di bandar al-Khader, selatan Bethlehem.
Pegawai tempatan Hasan Bureijia mengatakan bahawa Rejim Zionis telah menyerbu wilayah Umm Rukba di bandar itu, merobohkan tempat cuci kereta milik Ahmed Abdul-Salam dan merampas peralatan beliau dengan alasan bahawa ia dibina tanpa lesen.
Bureijia menambah bahawa Rejim Zionis telah memberitahu Abdul-Salam tentang rancangan mereka untuk merobohkan bangunan tersebut pada Mac lalu.
Dalam kejadian berasingan, Rejim Zionis telah mendirikan pusat pemeriksaan sementara dekat perkampungan pelancongan Haddad, di sebelah timur kota Jenin.
Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis telah memintas puluhan kenderaan Palestin di pusat pemeriksaan berkenaan, memeriksa identiti penumpang dan menyoal siasat ramai dari penumpang tersebut.
Rejim Zionis juga telah memperhebatkan kehadiran mereka berhampiran bandar-bandar, kampung-kampung dan pekan-pekan di Jenin.
Di Baitulmaqdis utara, Rejim Zionis telah mempertingkatkan langkah keselamatan di persimpangan Qalandiya, di mana tentera memeriksa pengenalan penumpang dan menggeledah kereta-kereta.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul