3 buah rumah Palestin di Baitul Maqdis diroboh.

Isnin, 10-08-2020 – Pihak berkuasa pendudukan Israel pada pagi rabu yang lalu telah menrobohkan rumah dua keluarga rakyat Palestin dan memaksa keluarga ketiga untuk meroboh sendiri rumah mereka di Baitulmaqdis.

Sumber tempatan berkata, pihak berkuasa Israel telah meroboh dua rumah milik rakyat Palestin yang didiami oleh dua bersaudara iaitu Samer dan Sulaiman al-Qaq dan keluarga mereka di bandar Silwan di selatan kota Baitulmaqdis.

Manakala di bandar Beit Hanina yang berdekatan pula, pihak berkuasa Israel telah memaksa keluarga rakyat Palestin untuk meroboh rumah mereka sendiri diatas alasan pembinaan yang tidak berlesen.

Pusat maklumat Wadi Hilweh berkata, pemilik rumah harus merobohkan binaan mereka untuk mengelakkan denda atau dipenjarakan.

Sepanjang separuh tahun 2020, pihak berkuasa Israel telah menjalankan 74 operasi pembongkaran di Baitulmaqdis yang 30 darinya adalah penghuni dipaksa untuk merobohkan rumah mereka sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi