Categories
Berita Semasa

Zionis Serang Kediaman, Tahan Warga Palestin di Tebing Barat & Baitulmaqdis

Selasa, 11-8-2020 –  Pada subuh Ahad lalu rejim Zionis telah melancarkan serbuan besar-besaran di kawasan kediaman di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dan telah menculik sejumlah warga Palestin.

Sumber tempatan mengatakan bahawa rejim Zionis telah menahan sekurang-kurangnya enam warga Palestin setelah memecah masuk kediaman mereka dan menimbulkan kacau-bilau ke atas  mereka di Jenin, Tulkarem, al-Khalil, dan Baitulmaqdis.

Di Baitulmaqdis, rejim Zionis telah menyerbu kota al-Isawiya dan menyerang belia Palestin yang menentang serangan itu dengan peluru logam bersalut getah, gas pemedih mata, dan bom pegun.

Para belia Palestin bertindak balas dengan melemparkan bom botol koktel Molotov dan melancarkan bunga api. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, seorang warga Palestin cedera ketika sekumpulan peneroka haram Israel menyerang dengan batu beberapa kereta Palestin di jalanraya antara Nablus dan Qalqilya.

Beberapa kereta telah rosak dalam serangan tersebut dan seorang warga Palestin mengalami cedera ringan, menurut wartawan Pusat Maklumat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul