Categories
Berita Semasa

Semua Pihak Mengecam Tindakan Israel Umumkan Badan Tahanan Sebagai “Teroris”

Rabu , 12-08-2020 –  Ketua Badan Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan, Komandan Qadri Abu Bakr mengutuk serangan undang-undang dan paparan di peringkat antarabangsa yang dilakukan penjajah Israel terhadap hak tahanan dalam perjuangan, kemanusiaan dan nasional. Juga terhadap badan induk yang menaungi semua urusan mereka dan keluarga mereka; Iaitu Badan Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan.

Menjawab laporan yang dikeluarkan harian Israel Hayom,  Isnin (10/8) dalam kenyataannya, Abu Bakr  menjelaskan bahawa anggota parlimen Israel Knesset dan sejumlah organisasi parlimen meminta Menteri Keamanan Beny Gants agar mengumumkan bahawa Badan Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin adalah organisasi teroris.

Abu Bakr menambah, penjajah Israel hari ini menyerang tahanan Palestin dengan segala bentuk kedengkian dan ekstrimisme, kejahatan dan terror. Tidak cukup dengan menggunakan cara represif dan penyiksaan serta melanggar hak-hak mereka dan harga diri mereka, selanjutnya Israel berusaha mempelbagaikan dimensi politik dan undang-undang terhadap tahanan sebagai isu pembebasan nasional.

Israel berusaha menelanjangi mereka dari status perjuangan melawan penjajahan dalam sejarah manusia moden.

Abu Bakr menekankan bahawa melanggar hak tahanan dan badan yang melayani mereka adalah tindakan terkutuk. “Kita tidak akan menerima pelanggaran ini dengan apa-apa alasan. Kita akan menjalankan tanggungjawab kita terhadap para pejuang dari tawanan dan keluarga mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman