Categories
Berita Semasa

Zionis Arah Musnah Rumah di Qalqilya

Isnin , 17-08-2020 –  Pasukan penjajah Zionis (IOF) pada hari Khamis menyerahkan perintah berhenti kerja dan perobohan rumah Palestin yang sedang dibina di kampung Nabi Ilyas, di timur Qalqilya.

Pegawai tempatan Mohamed Abul-Sheikh mengatakan bahawa dua warganegara menerima ultimatum perobohan terhadap kediaman yang sedang dibina milik mereka di kampung itu, tanpa menyatakan jumlah rumah yang belum selesai ini.

Abul-Sheikh menuduh pihak penjajah Israel di Tebing Barat menggunakan segala cara untuk merampas hak Palestin untuk membangun dan tinggal di tanah mereka.

Dalam kejadian berasingan, IOF pada hari yang sama meratakan tanah Palestin di timur Tulkarem untuk membina jalan bagi peneroka Yahudi.

Datuk Bandar Kafr al-Labad, Ihab Ghazalah, mengatakan bahawa IOF meratakan tanah di kawasan Ras al-Maseed berhampiran bandar dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan dan membina jalan sepanjang 10 kilometer yang merangkumi penempatan haram Avnei Hefetz.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen