
Selasa , 18-08-2020 – Terjadi 28 titik kebakaran di kawasan penempatan Zionis, akibat belon api yang diterbangkan dari sempadan Gaza dalam rangka aksi kepulangan.
Surat khabar Ibrani “Haaretz” melaporkan, kebakaran terjadi di kawasan terpisah dari “serambi Gaza”.
Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz melanjutkan ancamannya atas tuduhan melepaskan belon api dari Gaza, dengan mengatakan, “Tentera Israel akan membalas dengan kekerasan sehingga ketenangan kembali ke selatan. Ia pura-pura tidak tahu bahawa sebab para pemuda Palestin melepaskan belon api ini kerana penundaan hasil kesefahaman Israel berkait sekatan yang mengepung Gaza.
Pada Mei 2018, pemuda Palestin mula menggunakan cara melepaskan belon api sebagai salah satu alat perlawanan yang menyertai aksi Return Marches (aksi kepulangan) yang dimulakan pada bulan Mac 2018 untuk menentang sekatan Israel.
Pelepasan belon ini dihentikan pada akhir Mac 2019 dengan tercapainya kesefahaman kemanusiaan oleh Mesir, PBB dan Qatar untuk meredakan pengepungan di Semenanjung Gaza, dengan imbalan menghentikan penggunaan alat-alat perang.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman