HAMAS : Rakyat Gaza Akan Terus Dibantu


Jumaat, 01/02/08 –Pergerakan HAMAS telah mengumumkan bahawa pimpinannnya telah bersedia melakukan kerjasama dengan Egypt dalam usaha menguruskan sempadan Rafah seterusnya mencapai kebebasan tanpa
campurtangan asing.


Dr Salah Al-Bardawil, jurucakap HAMAS telah memberitahu PIC (Palestine Info Centre) dalam satu temuramah khas sementara Presiden Mahmoud Abbas telah meminta Egypt agar melaksanakan perjanjian lama sebelum dia mengambilalih sempadan Rafah. Arahan itu hanyalah terjemahan daripada arahan daripada PM Israel , Ehud Olmert
di dalam pertemuan mereka.

Abbas telah memberitahu wartawan2 semasa pertemuan beliau dengan presiden Hosni Mubarak , Rabu lalu bahawa beliau telah bersedia mengambil alih sempadan Gaza jika perjanjian sempadan di laksanakan.

Beliau menambah, HAMAS tidak akan meninggalkan rakyat Gaza kelaparan dan terus berusaha
mengoperasikan sempadan Rafah dengan kerjasama Egypt sekiranya Mahmoud Abbas tidak mahu
melakukan dialog dan terus menyeksa rakyat Palestin.