Categories
Berita Semasa

Israel serbu bilik tahanan, serang tahanan di penjara Ofer

Khamis , 17-09-2020 –  Pasukan penjara Israel pada hari Ahad lalu telah menyerbu bilik tahanan di penjara Ofer dan menyerang ramai tahanan Palestin.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin (PPS), ini merupakan serangan ganas ketiga ke atas bilik tahanan sejak kematian rakan tahanan mereka Dawoud al-Khatib pada awal September.

Berpuluh-puluh tahanan dilaporkan mengalami kecederaan yang berasingan setelah pasukan penjara menyerang mereka dengan semburan lada, cota dan anjing polis.

Penjara Ofer juga telah memindahkan ramai tahanan ke bahagian lain serta mengurung yang lain di dalam sel pengasingan.

Tahanan yang ditahan di penjara Ofer, yang terletak di sebelah barat Ramallah, telah membantah semenjak beberapa hari lalu terhadap perlakuan buruk dan pengabaian perubatan yang telah mengakibatkan kematian tahanan Dawoud Khatib, 45.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul