Categories
Berita Semasa

Bahar menyelar Bahrain kerana rundingan normalisasinya dengan Israel

Khamis , 17-09-2020 –  Ahmed Bahar, Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin telah mengecam kepimpinan Bahrain atas rundingan normalisasinya dengan rejim Israel, serta menekankan kerajaan sedemikian adalah yang paling rugi dalam hubungan dengan negara haram itu.

Dalam kenyataan akhbar pada Sabtu, Bahar menyelar rundingan Bahrain dengan Israel dan menyifatkan ia sebagai bahaya dan mengancam dunia Arab dan Muslim. Namun beliau menyuarakan keyakinan yang rakyat dunia Arab dan Islam akan menentang rundingan sebegitu.

Penggubal undang-undang itu memberi amaran tentang akibat ilusi keamanan dan normalisasi dengan negara rejim itu dan menyeru agar strategi dari Palestin dan dunia Arab Islam perlu dilaksanakan untuk berhadapan dengan ancaman tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati