
Isnin , 21-09-2020 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporkan dua kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 966 ujian positif baharu, dan 959 kes pemulihan di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menurut laporan harian kementerian, mangsa COVID-19 baharu dikenal pasti sebagai warganegara berusia 58 tahun dari bandar Kharbatha al-Misbah di Bethlehem dan seorang lagi dari kejiranan Umm Lisun di Baitulmaqdis timur.
32 pesakit kritikal juga telah dimasukkan ke unit rawatan rapi, dan 11 daripadanya telah dirawat dengan menggunakan ventilator.
70.5 peratus dari keseluruhan kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif telah mencecah 28.9 peratus, manakala kadar kematian adalah 0.6 peratus dari jumlah kes.
222 pesakit yang pulih telah direkodkan di daerah al-Khalil, 13 di Tulkarem, 90 di Nablus, 7 di Tubas, 219 di Bethlehem, 236 di pinggir kota Baitulmaqdis, 108 di kota Baitulmaqdis dan 64 di Semenanjung Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul