
Khamis , 24-09-2020 – Nasser al-Hidmi Ketua Pihak Berkuasa Baitulmaqdis meminta semua warga Palestin pergi ke Masjid al-Aqsa dan tinggal didalamnya untuk melindunginya dari serangan pelampau Yahudi dan mengabaikan apa yang diterbitkan oleh penjajah Israel.
Hidmi menjelaskan bahawa penjajahan Israel mengeksploitasi masa hari cuti Yahudi untuk memberi masa kepada pelampau Yahudi menyerang masjid al-Aqsa sekaligus menghalang penduduk Palestin memasuki masjid dan berdoa didalamnya atas dalih Pandemik Corona.
Dia menunjukkan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel memberi kuasa kepada pelampau Yahudi yang jaraknya lebih 500 meter dari masjid tersebut untuk sampai ke sana dan menghalang rakyat Baitulmaqdis dari memasuki masjid tersebut.
Hidmi memberi peringatan bahawa penjajah Israel mengambil kesempatan dari Pandemik ini yang secara langsung mengosongkan al-Aqsa dari orang Palestin. Namun, mereka gagal disebabkan oleh panggilan kepada rakyat Palestin untuk tinggal lebih lama didalam masjid tersebut.
Beliau juga berkata, penjajah Israel semakin berani melakukan kejahatan terhadap rakyat Baitulmaqdis dan seterusnya memperhebatkan serangan keatas masjidil al-Aqsa dan mereka mencuba untuk tukar keadaan de facto terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan normalisasi Arab di Israel.
Hidmi menekankan bahawa pengusiran rakyat Baitulmqadis dari masjidil al-Aqsa adalah satu kejahatan antarabangsa yang perlu mereka pertanggungjawapkan dibawah undang-undang antarabangsa.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi