Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Cemari Masjid Al-Aqsa Walapupun Dalam Keadaan Sekatan Pergerakan

Khamis, 1-10-2020 –  Sekumpulan peneroka haram Yahudi pada hari Selasa lalu telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang Diduduki walaupun sekatan pergerakan yang ketat dikenakan oleh Israel ke atas Kota Lama.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 29 peneroka haram telah memasuki Masjid di bawah pengawasan polis dan telah mundar-mandir di kawasan halamannya.

Beberapa peneroka haram dilaporkan melakukan ritual Talmud semasa lawatan di tempat suci Islam tersebut.

Sementara itu, kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi telah melancarkan kempen media sosial untuk menghasut pengikut dan penyokong mereka untuk mengambil bahagian dalam pencerobohan beramai-ramai di Masjid Al-Aqsa sempena peristiwa-peristiwa keagamaan pada hari-hari mendatang.

Mereka juga meminta polis rejim Zionis untuk memperketat cengkaman mereka di Masjid Al-Aqsa dan mengambil tindakan hukuman yang lebih ketat terhadap jemaah Muslim, dengan mendakwa bahawa orang-orang Yahudi berhak bersembahyang di mana sahaja selama berada di bawah kedaulatan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul