
Isnin, 18/02/08 –Berikutan pengakuan mereka yang terlibat dalam cubaan membunuh Perdana Menteri kerajaan sementara, Ismail Haneyya Ahad lalu, Pergerakan Hamas berkata ia telah membayangkan “mentaliti berdarah” perancang-perancang di Ramallah.
Sami Dr. Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas, berkata dalam satu sidang akhbar bahawa maklumat yang didedahkan oleh MP Sa’eed Siyam pada sidang media pada Sabtu lalu mengesahkan kepimpinan PA di Ramallah melakukan cara yang “jahat” terhadap pemimpin penduduk Palestin sekalipun boleh menyebabkan perang saudara.
Pengakuan itu juga menyatakan Hamas berada dalam sebuah negara yang bertahan sendiri sejak Jun tahun lepas apabila ia memutuskan untuk mengawal Semenanjung Gaza dalam satu bidaan bagi menjamin keselamatan dan kestabilan di kawasan tersebut, kata beliau.
Maklumat “serius” terus menunjukkan kepimpinan PA sedang berkoordinasi dengan penceroboh Israel bagi mensasarkan pemimpin-pemimpin Hamas, sebut Abu Zuhri.