Categories
Berita Semasa

Bekas Tahanan Palestin Syahid Ditembak Israel di Tulkarm

Rabu , 07-10-2020 –  Seorang bekas tahanan Palestin gugur syahid setelah ditembak tentera Israel petang Isnin di penempatan Anev di wilayah timur Tulkarm.

TV Israel Kana menyatakan, tentera Israel menembak tiga pemuda Palestin di penempatan Anev yang terletak di timur Tulkarm.  Mereka bertiga dituduh melempar bom molotov ke pos Israel.

TV Kana menyebutkan salah seorang dari tiga pemuda itu terbunuh sementara dua lainnya melarikan diri.

Biro Media Tahanan menyatakan bahawa bekas tahanan Palestin tersebut bernama Samir Ahmad Abdul Jalil Hamidi dari Betled, Tulkarm setelah ditembak tentera Israel berdekatan perlintasan Enab (Anev). 

Samir pernah tinggal di penjara Israel selama 3 tahun 6 bulan. Beliau dibebaskan dua tahun lalu.

Kementerian Kesihatan Palestin belum memastikan berita tersebut hingga kini. Sementara itu, para saksi menyebutkan bahawa pemuda yang ditembak tersungkur berdekatan perlintasan Enab mengalami banyak pendarahan.

Mereka menambah, pasukan Israel menutup pintu masuk dari dua arah dan melarang kenderaan melintas yang menyebabkan laluan sesak. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman