Corona di Palestin: 4 Kematian, 532 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 Jam

Jumaat, 16-10-2020 –  Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin di Ramallah, mengumumkan pada hari Rabu lalu bahawa 4 kematian dan 532 kes koronavirus baharu telah direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Beliau menyatakan dalam laporan epidemiologi harian koronavirus bahawa keempat-empat kematian tersebut terdiri daripada seorang warganegara berumur 57 tahun dari al-Khalil, dan seorang warganegara, 72, dari Al-Abidiya di Bethlehem, selain dua kematian di Sur Baher dan Al-Sawana di Baitulmaqdis.

Kadar sembuh koronavirus mencapai 87.6 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 11.6 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan.

Kes sembuh adalah dicatatkan seperti berikut: 103 al-Khalil, 22 Jenin, 41 Tulkarem, 6 Qalqilya, 1 Salfit, 71 Nablus, 29 Ramallah dan Al-Bireh, 93 Jericho dan Al-Aghwar, 2 Tubas, 95 Semenanjung Gaza, dan 139 di Baitulmaqdis.

Pecahan kes jangkitan baharu adalah seperti berikut: al-Khalil (60), Nablus (48), Bethlehem (32), Qalqilya (25), Ramallah dan Al-Bireh (33), Jenin (55), Jericho dan Al- Aghwar (8), Salfit (15), Tubas (18), Tulkarem (43), Semenanjung Gaza (110), pinggiran kota Baitulmaqdis (11), dan Kota Baitulmaqdis (74).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul