Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Musnahkan Kediaman, Bangunan dan Rangkaian Air di Masafer Yatta

Selasa, 20-10-2020 –  Pasukan rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah memusnahkan sebuah rumah, bangunan pertanian dan rangkaian air milik rakyat Palestin di Masafer Yatta, di selatan al-Khalil.

Pegawai tempatan Rateb al-Jabour memberitahu bahawa jentolak Israel yang dikawal oleh pasukan askar merobohkan sebuah rumah seluas 70 meter persegi dan memindahkan penduduknya di kawasan al-Fakhid di Masafer Yatta.

Jabour menambah bahawa rejim Zionis juga memusnahkan dua gudang pertanian serta isi kandungannya di kawasan yang sama.

Kediaman dan bangunan pertanian berkenaan adalah milik penduduk tempatan bernama Akram Abu Sabha.

Rejim Zionis juga memusnahkan jaringan air yang menampung masyarakat Badwi di sepanjang kawasan tersebut dari Khilat al-Daba hingga al-Mafqara di Masafer Yatta.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Zionis telah meningkatkan pencerobohannya di Masafer Yatta dengan merobohkan rumah dan bangunan milik keluarga miskin, serta menghalang mereka untuk mendirikan bangunan, mengusahakan tanah dan menternak lembu, dan memutuskan sumber air untuk memaksa mereka meninggalkan wilayah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul