Categories
Berita Semasa

COVID-19: Lapan Kematian, 513 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Jumaat , 23-10-2020 –  Kementerian kesihatan Palestin pada hari Selasa lalu telah melaporkan lapan kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 513 ujian positif baru, dan 594 kes sembuh di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut laporan harian kementerian, tujuh daripada mangsa baharu yang meninggal akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan seorang dari Semenanjung Gaza.

35 pesakit sakit kritikal juga mendapat rawatan intensif di hospital, dan enam daripadanya telah ditempatkan di bawah alat bantuan penafasan.

87.9 peratus dari jumlah kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif telah mencapai 11.3 peratus dan kadar kematian adalah 0.8 peratus dari jumlah kes.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul