Categories
Berita Semasa

Akhras menolak pelawaan Israel untuk menghantarnya ke hospital Al Makkased.

Jumaat , 23-10-2020 –  Tawanan Maher al-Akhras monolak pelawaan oleh pihak berkuasa Israel pada hari Selasa yang lalu untuk membawanya ke Hospital al-Makkased di Baitulmaqdis dan penahanannya tidak akan di perbaharui secara langsung beliau akan dibebeaskan pada hujung bulan November. Akhras bertekad untuk meneruskan mogok lapar dan berkeras untuk disegerakan pembebasan beliau dari tahanan Israel.

PIhak berkuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan berkata, pihak berkuasa Israel sedang berusaha bagi mengelakkan permogokan Akhras. Pendakwa Israel mengusulkan tawaran bagi menghantar beliau ke Hospital Al-Makassed di Baitulmaqdis dan tempoh penahanan beliau tidak akan diperbaharui dan beliau akan dibebaskan pada 26 November 2020.

Mereka juga berkata didalam sebuah penyataan pada petang Isnin bahawa Akhras telah bertekad bagi meneruskan mogok lapar itu bagi menghapuskan ketidakadilan didalam penahanan beliau dan beliau tetap berkeras untuk disegerakan pembebasan beliau di rumahnya di Jenin. 
Akhras, 49, dari Jenin menyambung mogok laparnya pada hari ke 58 berturut-turut walaupun tahap kesihatan beliau berada ditahap yang amat membimbangkan, kata pihak berkuasa penjara.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa Akhras sedang menderita keletihan yang amat teruk sehingga tidak lagi mampu bergerak dan deria mendengar dan pertuturannya telah memberi impak yang negatif. Tambahan pula, beliau mengalami sawan terus menerus dan berhadapan dengan rasa sakit yang teramat perit di beberapa bahagian tubuhnya. Penglihatan beliau juga kabur dan mengalami sakit kepala yang teruk. Doktor juga telah mengeluarkan amaran akan kerosakan beberapa organ didalam tubuhnya. 

Pihak berkuasa pencerobohan Israel telah menahan Akhras dari Silat al-Dhahr, daerah Jenin pada 7 Julai 2020 dan diberi perintah bagi menahan beliau sehingga 4 bulan. Beliau mengumumkan akan mogok lapar pada hari pertama penahanan beliau. 

2 bulan setelah berlangsungnya mogok lapar itu, mahkamah tinggi Israel telah membekukan penahanan beliau tanpa membebaskan Akhras yang kemudiannya beliau menolak keputusan tersebut dan berjanji akan meneruskan mogok lapar sehingga beliau dibebeaskan atau mati syahid. 
Akhras adalah bapa kepada 6 orang anak dan ditahan beberapa kali sebelumnya dan beliau juga di penjarakan selama bertahun-tahun lamanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi