
Ahad , 25-10-2020 – Tindakan tahanan Maher al-Akhras, 49 tahun yang berasal dari bandar Silat al-Dhahr, selatan Jenin meneruskan mogok laparnya masuk hari ke 87 bagi membantah penahanan tanpa sebab telah menyebabkan keadaan kesihatan semakin buruk.
Pertubuhan Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan, keadaan kesihatan Akhras sangat merbahaya akibat tubuh yang lesu sehingga dia tidak mampu lagi mengerakkan badan manakala pendengaran serta percakapannya turut terjejas.
Beliau didapati mengalami sawan berterusan dan ditakuti organ-organ akan gagal berfungsi sekiranya dia menolak sebarang makanan dan air. Keadaan beliau itu benar-benar boleh mengancam nyawanya disebabkan mogok lapar yang lama, tambah pertubuhan itu lagi.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin